Sunday, October 24, 2010

"Looking for a LEGAL SECRETARY"

Wednesday, October 20, 2010

White Coconut Scrub Soap / Sabun Lulur
Kelapa


Sabun lulur yang diadun dari kelapa, santun dan pati vanilla bertujuan untuk menghaluskan kulit badan yang kasar, kusam dan bersisik. Ia mampu melembut dan mengembalikan pelembapan yang hilang akibat pendedahan pada cahaya matahari dan radikal bebas. Buah kelapa secara semulajadi mempunyai pelembapannya tersendiri. Penggunaan yang kerap sewaktu mandi menjadikan kulit lebih segar, tegang, lembap dan anjal. Warna kulit akan menjadi lebih sekata dan kulit cerah secara semulajadi.
Yellow Soy Bean Soap / Sabun Lulur Kacang Soya

Sabun yang diformulasi dari kacang soya sangat bagus untuk pencerahan, pelembapan, kelembutan dan kecantikan kulit. Kajian sedunia telah menunjukkan bahawa kacang soya mempunayai pelbagai khasiat samada dalam makanan mahupun ramuan kecantikan. Kacang soya akan menjadikan kulit semakin bersih, putih, halus, lembap dan berseri. Keanjalan kulit akan meningkat kerana kacang soya mengandungi khasiat kolegen semulajadi dalam pembentukan dan pembaharuan sel-sel kulit.
Green Bean Scrub Soap / Sabun Lulur Kacang Hijau

Sabun lulur dari kacang hijau dan herba terpilih sangat baik untuk membersihkan kulit badan yang kusam, gelap, kasar, bersisik, dan berbintik. Kacang hijau mempunyai kelebihan tersendiri yang mana mampu menarik kekotoran yang mendap di dalam liang roma mahupun dipermukaan kulit. Tekstur sabunnya agak kasar apabila digosok namun ia srta merta menjadikan kulit lebih bersih, putih, halus dan segar. Anda akan terasa perbezaannya walau pertama kali menggunakannya.
Red Roselle Scrub Soap / Sabun Lulur Roselle

Sabun lulur dari Bunga Roselle sangat kaya dengan antioksidan dan vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit khusus untuk memberikan kecantikan dan kesihatan kulit. Melindungi kulit dari radikal bebas dan punca kerosakan semulajadi. Selain ia memberi vitamin secara semulajadi pada kulit dengan penyerapan yang maksima, ia juga akan membersih dan mencerahkan kulit. Bijian lulur terdapat pada sabun akan menjadikan setiap kotoran akan mudah dibersihkan dan kulit yang tumbuh akan lebih sihat, tegang dan segar.

Tuesday, October 19, 2010

Brown Cinnamon Scrub Soap / Sabun Lulur Kayu Manis

Sabun lulur dari ramuan kayu manis dan limau purut sangat bagus untuk membersihkan kulit badan yang bermasalah jerawat, berminyak, berbintik, gelap dan berparut. Kayu manis bagus untuk menghilangkan parut dan mengurangkan angin manakala buah limau purut bagus untuk mencerahkan kulit yang gelap dan mengurangkan jerawat pada badan. Butiran lulur yang kasar akan membersihkan kulit dengan lebih mendalam. Kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan halus.

Sabur Lulur Safah Herbs

Black Coffee Bean Scrub / Sabun Lulur Biji Kopi

Sabun lulur yang diformulasi dari biji kopi yang asli dan herba semulajadi yang diperbuat khusus untuk membersihkan kulit badan dari kotoran, minyak, sel-sel mati, parut-parut dan mencerahkan kulit yang gelap akibat pancaran matahari dan proses penuaan semulajadi. Bijian kasar yang terdapat pada sabun sama fungsinya seperti penggunaan lulur badan. Sangat bagus digunakan setiap hari pada iwaktu pagi dan petang, supaya kullit akan lebih cerah, lembut, halus dan gebu.